Sunday, September 5, 2010

MP Serdang langgar fatwa masuk surau, beri tazkirah

     Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching telah melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan apabila beliau memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang bulan lalu. Najib berkata, fatwa yang dikeluarkan Mac lalu adalah jelas bahawa bukan Islam mesti memperoleh kebenaran daripada masjid dan mengenakan pakaian sopan ketika memasuki kawasan masjid dan surau.

     Dengan merujuk kepada fatwa, Najib berkata pelancong bukan Islam boleh memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mereka memperoleh kebenaran daripada pengurusan selain memastikan tindakan mereka tidak bertentangan dengan kesucian masjid. Teo memasuki ruang solat surau itu pada 22 Ogos lalu tanpa mengenakan tudung tetapi menegaskan beliau berbuat demikian dengan kebenaran pengurusan surau.
“Garis panduan ini mesti kita patuhi sebelum memasuki masjid,” kata Najib ketika berucap pada majlis berbuka puasa di sini hari ini.

     Najib yang juga Pengerusi Umno Selangor berkata, Teo telah melakukan satu lagi kesalahan dengan menyampaikan tazkirah ketika kunjungannya.
“Hanya orang Islam dibenarkan menyampaikan tazkirah di masjid atau surau.
“Jika bukan Islam memasuki sebuah masjid dan mula memberikan tazkirah kepada Muslim, ia bertentangan dengan ajaran Nabi,” kata Pengerusi BN ini.
Najib yang juga Presiden Umno menambah, Sultan Selangor dan enakmen pentadbiran Islam negeri juga melarang bukan islam daripada memasuki ruang solat. Majlis Agama Islam Selangor (Mais) telah menghantar surat amaran kepada Teo awal minggu ini.
Menurut Mais tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor yang menitahkannya menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.
Dalam kenyataannya, Teo pula menjelaskan kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau.
“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor,” katanya.
     Teo turut menegaskan bahawa lawatannya ke surau berkenaan tidak berniat politik dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan.
Beberapa pemimpin PKR dan PAS termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda. Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Nasib Rakyat Pulau Pinang Di Aidilfitri - dipetik daripada Utusan Malaysia Online

     Tinggal lima hari sahaja untuk umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Ketika ini, ramai yang sibuk membuat persiapan akhir seperti membeli pakaian baru, membuat biskut raya, menghias rumah dan pelbagai lagi bagi memeriahkan suasana.
Namun, bagi 52 keluarga yang menetap di Kampung Permatang Tepi Laut, Batu Maung di sini, ketibaan 1 Syawal tidak membawa sebarang erti.
Ini kerana mereka sudah menerima notis daripada pemaju supaya mengosongkan rumah masing-masing pada 31 Oktober ini.

     Bagi seorang ibu tunggal, Rahmah Basri, 61, hanya perasaan sedih yang dapat diluahkan apabila ditanya mengenai kedatangan hari lebaran tersebut.
"Sudah tentu saya sedih, kita dihambat (dihalau) dari rumah sendir.
"Dulu setiap kali tiba hari raya, kami anak-beranak sambut penuh meriah, tapi sekarang nak ganti cat baru pun segan (malas)," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini hari ini.
Baru-baru ini, sebanyak 52 keluarga dari kampung berkenaan menerima notis daripada peguam pemaju mengarahkan mereka berpindah selewat-lewatnya 31 Oktober ini.
Kampung nelayan yang dihuni sepenuhnya oleh orang Melayu itu mempunyai kira-kira 100 buah rumah dan wujud sejak 70 tahun lalu.
Menurut Rahmah, dia menetap di situ sejak 40 tahun lalu dan membayar sewa sebanyak RM36 setahun kepada pemilik tanah yang dikenalinya sebagai Pak Haji.
Rahmah menambah, dia tidak tahu ke mana hendak tinggal selepas ini kerana tidak mampu untuk membeli rumah di tempat lain. "Saya tidak bekerja, harapkan anak-anak saja untuk membantu," katanya sebak.

      Seorang lagi penduduk, Muhamad Sharif Abdul Rasid, 65, memberitahu, sebagai nelayan, kampung tersebut bukan sahaja tempat kediaman tetapi juga menjadi tempat mencari rezeki kerana terletak di tepi laut.
"Kalau kami berpindah ke tempat yang jauh dari laut, hilanglah mata pencarian kami,'' katanya

Malaysiaku Kini

      Malaysia sebuah negara yang aman damai sering mendatangkan dengki kepada segelintir " individu " atau " kumpulan " atau " pihak " yang benci melihat negara kita yang terlalu tenteram. Tak habis dengan isu " BENDERA " datang pula isu baru yang ingin mensabotaj negara kita. Isu terbaru ialah tentang penyebaran risalah dan buku yang berbaur hasutan terhadap institusi perlembagaan Malaysia.

      Risalah yang bertajuk " Perlembagaanku " ini mendatangkan unsur hasutan yang boleh mengacau bilaukan negara kita. Yang pelik rakyat Malaysia yang cerdik pandai ini pun terhegeh - hegeh nak turut sama buat benda - benda macam ni. Karang bila negara tergadai baru nk kelam kabut nak berperang la, demontrasi la, itu la, ini la. Dipahamkan risalah itu kini sedang tersebar dengan meluasnya di institusi pengajian tinggi di sekitar lembah klang dan kolej - kolej di negeri Kedah Darul Aman. Isu ini dipercayai dibiayai oleh NGO ( badan bukan kerajaan ) asing yang bersifat antikerajaan.

     Kesimpulannya kalau korang rakyat bermaruah korang tidak akan menyokong individu - individu yang cuba menghancurkan negara korang. Jangan kecoh nanti bila negara lain nak hancurkan Malaysia sedangkan korang sediri menyokong perbuatan terkutuk ini. Jadilah rakyat bermaruah, rakyat yang taat setia kepada negaranya. Ingat bukan senang Malaysia nak mengecapi kemerdekaan seperti sekarang, nenek moyang kita tergadai harta benda kerana inginkan keamanan dan kemerdekaan tpi kita? Kita boleh menolong dengan jangan menyokong kumpulan - kumpulan yang ingin menjatuhkan Malaysia.

Sekian, Salam 1 Malaysia.